rss
19

Kemenangan pertama Applework (Mackshinoda)

mackSalam. Kali ini team One Nation Designers (OND) berpeluang menemubual rakan baru kita yang berasal dari Perak yang sama-sama menyertai 99designs.  Ini juga adalah kemenangan pertama beliau di 99designs.  Jadi team OND mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Yang penting kita berusaha tanpa berputus asa. Itulah yang dibuktikan oleh saudara Ismail atau nickname beliau Applework. Semoga beliau terus aktif dan sukses dalam pertandingan seterusnya.

Contester: Applework
Prize:
USD150
Link: http://99designs.com/contests/31299
Company: TMP

Apa khabar? Pertama sekali kami mengucapakan terima kasih kerana saudara sudi diinterview.
Assalamualaikum semua warga OND,
Alhamdulillah baik dan sehat wa afiat~
sama-sama dan terima kaseh gak sudi interview nie…(sambil tgn cucuh rokok)

Boleh nyatakan nama penuh saudara, umur dan tempat tinggal, sudah berkeluarga atau belum?
Mack @ Ismail  (full name-maaf, private).berumur 25 masih berstatus anak bujang makcik Miah dan bermastautin di Shah Alam.

Bekerja dimana dan jawatan apa?
Disektor swasta : Syarikat Pengiklanan – Freshfactor (m) sdn. bhd.
jawatan sebagai pereka grafik
*www.freshfactor.biz

Berapa lama berkecimpung dalam bidang design ini?
4 tahun bermula sebagai artis illustrasi dia sebuah syarikat majalah- 2005 : kalamilham(m) sdn.bhd. buat cover majalah dan belajar tranlate bahasa indonesia ke bahasa malaysia.2006 : ef-edge design – bersama (Mr.D’thinker) sahabat saya berkerja sebagai grafik artis dan mula diperkenalkan kepada dunia rekabentuk dan pencetakkan..apa Mr.D’thinker buat masa tu sume saya buat…potong kertas…jadi model minyak…dan terutamanya dalam segi mereka,mencetak dan production – name card, disini la hasil dari En. Fazli Ismail telah mendedahkan saya pada rekaan logo dan production. 2008 mencuba nasib di syarikat : wan&khair(m)sdn. bhd. sebagai artis DTP disini saya didedahkan dengan supplement, layout pengiklanan dan insertion untuk pencetakkan suratkhabar terutamanya untuk akhbar NST dan Berita Harian lagipun Bos saya ketika itu En. Wan Abdul Ghafar Wan Dzin (kelantanes)ex-manager NSTP so banyak la dia order kat NSTP (Utusan – kadang2 buat gak congratulation ads hehehe) setelah jemu berkecimpung di arena surat khabar saya diterima berkerja di Freshfactor (m) sdn. bhd. pada 2009 sebagai pereka grafik sehingga hari ini…thank En fadlillah Mat Said dan En. Hanif Suhaimi.(bos bos saya nie)

Adakah saudara mendapat pendidikan formal dalam bidang grafik?
Sijil Pengiklanan Dan RekaBentuk Grafik.(sijil teknologi)
*Classmate Mr.D’thinker

Sejak bila mula menyertai 99designs ni dan bagaimana punca saudara boleh terbabit menyertai 99designs?
Asalanye Sahabat saya ini (Mr.D’thinker)disuruh tgk dia punya design… sambil itu meng’api apikan jumlah USD $ yang ditawarkan teramatlah lumayan…gatal lak nak cuba..memula masuk pada 23 Disember  2008 tapi stop(sebab design tu kene reject 5 minit selepas submit) sehingga lah awal bulan pada Ogos 2009 kembali aktif semula.

Kenapa pilih nickname ini? Ada rahsia disebaliknya atau sekadar nama saja?
tah…mula2 pakai nickname biasa (mackshinoda) tu tak mau2 lak dapat 4-5bintang..tukar la nick..ala2 nak nampak aura kegrafikkannye : Apple + work = applework = Kerja membuahkan hasil (kalo bubuh buah mempelam lain lak bunyinye…”plumwork”…kelakah la pulok)
*lagipon wat design guna komputer Apple G5

Selain nickname ini, adakah saudara mempunyai  nickname lain?
ya ada, mackshinoda.

Sudah berapa kali saudara memenangi peraduan dalam 99designs? Bila pertama kali menang dan logo apa?
Jawapan: satu kali je pada 16 November 2009

Perasaan sewaktu pertama kali menang?
Mengelabah dan Berderau gak…maklum la..company orang puteh nak pakai design anak melayu…
*hebatkan anak melayu kito..

Kebiasaannya dalam sebulan berapa kali saudara menang?
tak biasa la pulak…eliminated tu kerap la…ha ha ha..(sambil klik2 mouse meng’withdraw’kan yg di eliminate tu)

Sudah tentu kadar pertukaran mata wang dolar dan rupiah memberi perbezaan yang ketara. Secara puratanya berapa nilai wang saudara perolehi dalam sebulan?
cis…demo nie..kawe orge meleysia…tukar ke rupiah buat gapo…nak g bali ke?

Kemenangan terbesar saudara (dalam jumlah dolar dan rupiah)
usd150(RM entah)..alhamdulillah..

Adakah pendapatan dari 99designs melebihi gaji saudara?
lebih, kalo selalu menang :D

Bilakah masa/waktu saudara mencipta logo. Sambil bekerja atau waktu lapang ataupun selepas pulang dari pejabat?
tengok mood..kalo datang aura rajin kompom baca brief dan mula mereka-reka logo.

Selain 99designs adakah saudara menyertai contest2 lain?
tiada..insyallah kalo rajin nanti2 la

Bagaimana cara saudara membuat logo? Adakah saudara membuat rujukan dalam menghasilkan logo?
Mr. hanif, google.com & book of  ideas (buku setebal 300pgs berwarna ade 1-5 vol)

Jenis-jenis logo yang saudara minat untuk menyertai dalam contest (3d, 2d atau selainnya)
2D je kalo wat 3D lawa lagi otai2 kat OND ini
*sila rujuk design2 saudara wan’s, k-house, morfatogo dan joerizs

Saudara membuat logo sendirian atau bersama teman-teman?
Kalo kat opis saya dan Bos bahagian kreatif je yang join…so kami berdua la bertukar pendapat.terutama bahagian kekemasan visual
*99designs nickname : hanif

Apa pandangan dan nasihat saudara kepada kami designer-designer dari Malaysia?
Jangan kedekut ilmu…kalo share lagi berlipat gulung untung..tak caya?
meh ajar saya cane nak wat 3D kan logo :P

Cadangan dan pendapat saudara mengenai web OneNationDesigners?
chatbox tu kasi high version hehehe…sedak skit nak berdiskusi sesama designer.
pastu update tips dan tutorial (ianya sangat2 membantu)
*thank joerizs – arrow mengelilingi bulatan

Terima kasih kerana sudi ditemubual secara eksklusif.
sama sama..terima kasih kepada warga OND yang berusaha menyatukan designer2 tempatan untuk sama berkongsi idea dan pendapat. saya dengan penuh kudus nya memohon ampun dan maaf jika ade tersalah tulis atau tersalah shout di OND ,harap di ampunkan. saya akhiri interview ini dengan ucapan ribuan terima kasih dan moga maju jaya kepada semua yang terlibat.Terima kasih, wassalam.

Kemenangan pertama Applework!

Kemenangan pertama Applework!

Comments (19)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. STAFF says:

    Tahniah diucapkan kepada Applework (mackshinoda).

    Chatbox:
    Buat masa ni chatbox tu kita pakai yang free je. Belum cukup bajet untuk pakai yang high punya. Kalau saudara Mack sudi nak menderma boleh menderma melalui PayPal ke akaun PayPal admin@onenationdesigners.com :)

    Tips, Artikel dan Tutorial:
    Team OND tengah berusaha memenuhkan ruangan Tip, Artikel Tutorial dan lain-lain. Jadi team OND amat mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyumbangkan Artikel atau Tutorial kepada blog OND. Saudara Mack turut dijemput sama untuk menyumbangkan apa-apa sahaja idea atau info yang boleh dikongsi bersama.

    Terima kasih
    STAFF

  2. s.a.m says:

    Wow tahniah la mack..dah menang tu… Kome memang hebat! Kejo Yob kejo!

  3. mortafogo says:

    woiitt mack ke yusry KRU nih..hehee……congrats bro..

  4. mortafogo says:

    woit mack..kawe terlupenak delete soalan convert duit rupiah ke malaysia..itu untuk designer Indonesia..bukannya kamu dong…hehehe

  5. Joerizs says:

    Biasa tradisi disini…. kalau menang yang pertama tu kene belanjer…. kat d’kayu ker pantat opss pantai dalam ker…. baru boleh menang banyak…. biasanyer la…….(tu pun kalau nak menang banyak arrrr)….

    apa-apa pun tahniah teruskan usaha tingkatkan prestasi pasti maju ..!!!!

    -joerizs

  6. Joerizs says:

    ok aku nak pergi kursus dulu….. by…

  7. mortafogo says:

    selamat jalan joe..aku muntah lagi pg nie..tak dapat la..teman kau pegi BTN

  8. mortafogo says:

    mack…nanti ajak la booss demo join sini…..rapatkan hubungan dan berkenal kenalan….

  9. mackshinoda says:

    Terima kasih atas dorongan dan kata2 yang bernas gitu…

    @ admin : ade chatbox yang free cume mungkin agak berat skit nak load sbb pakai flashplayer :)
    contoh : http://xat.com/onenationdesigner

    @s.a.m : tengah kejo nie…mengelupor lak menglogo

    @morfatogo : hehehe…kelakor demo

    @joerizs : BTN – Biro tata negro :) )

  10. s.a.m says:

    @Motopogo…mack ni sepupu sepapat Yusry KRU kot…hehe jngn marah mack

  11. mackshinoda says:

    @ s.a.m – yolah tu…saya pornogenic…eh silap photogenic la…xde yusri-nya…muahahahah

  12. mortafogo says:

    ooo..buat lawak ye……hheee.

  13. mackshinoda says:

    *tengah sedih..aku sekarang bakal penganggur…:((
    company tempat ku berkhidmat kini ibarat telur dihujung hujung je nie…huhuhu…

  14. suzie says:

    tahniah Applework (mackshinoda):)

  15. TokNgulu says:

    Tahniah Pak… ish Mack.. Sapa ler interview demo ni pakai rupiah.. pakai soalan cut paste le tu..

  16. mortafogo says:

    kawe yg interview dia..sorry la..tokngulu…ceh…:))

  17. mackshinoda says:

    mekasih2 suzie..tok ngulu…:)
    awe nie mmg saje je bakar2 suh pegi bali la tu hahhahaha

  18. mortafogo says:

    mack…nanti pegi kedai CD tanyer lagu sudirman…..tajuk penganggur..best lagu tu..hehehehe

  19. mortafogo says:

    mana menyepi ni mack

Leave a Reply




If you want a picture to show with your comment, go get a Gravatar.

  • Chat Room


    ShoutMix chat widget
  • Sponsors

      banner ad banner ad banner ad banner ad
  • Archives

  • Categories

  • Recent Posts

  • Perhatian

    Kepada pelawat baru yang pertama kali membuat komen/comment, komen anda perlu disahkan/approve terlebih dahulu oleh pihak admin sebelum ia dipaparkan. Ini berikutan terdapat banyak komen-komen berbentuk SPAM masuk. Diharapkan anda dapat bersabar sehingga komen anda dipaparkan di blog One Nation Designers.


    Terima kasih

    Admin

  • Recent Comments