Envato Marketplace – Tempat baru cari makan!
Tempat baru cari makan!
Kepada rakan-rakan OND yang berminat, anda boleh menghasilkan apa-apa saja karya seperti ikon, file grafik, website template dan sebagainya untuk di jual di laman web http://graphicriver.net/. Untuk makluman, ‘graphicriver’ adalah salah satu cabang perniagaan kepunyaan Envato Marketplace yang mengkhususkan kepada produk berkaitan grafik.

graphicriver

CodeCanyon

Contoh produk IKON yg telah di jual oleh salah seorang Pendaftar

Kalau nak ke cabang perniagaan lain click je butang seperti yg ditunjukkan dalam screenshort diatas
Envato Marketplace juga mempunyai cabang laman web lain seperti:
http://activeden.net/
Produk dan file-file FLASH boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Anda juga moleh hantar produk FLASH anda sekiranya ada ke laman web ini untuk tujuan jualan.
http://audiojungle.net/
Mengkhususkan kepada produk-produk berkaitan AUDIO
http://themeforest.net/
Mengkhususkan kepada produk berkaitan template laman web, blog, portal, drupal dan sebagainya. Kalau anda nak submit design template anda sendiri pun boleh.
http://videohive.net/
Mengkhususkan kepada produk seperti VIDEO dan animation
http://3docean.net/
Mengkhususkan kepada produk 3D Image dan 3D Animation
http://codecanyon.net/
Mengkhususkan kepada produk SCRIPTING, CODING, CSS, HTML, XHTML, JAVASCRIPT dan sebagainya. Sekiranya anda memerlukan online form, anda boleh dapatkan di sini. Ataupun kalau anda memerlukan script ‘Comment System’ untuk dimasukkan ke laman web anda, anda juga boleh dapatkan ia di sini.
Saya telah membuat pembelian untuk ‘Comment Script’ yang diaplikasikan ke dalam laman web saya. Kalau nak buat coding sendiri memang kita tak tahu. Jadi inilah kegunaan Envato Marketplace. Lihat contoh berikut.
http://www.issamomar.com/wedding.html (tengok ruangan Comment system sebelah kanan page… P/S: laman web ini masih dalam pembinaan)
JADI kepada rakan-rakan yang berminat dan ingin mencari pendapatan sampingan jangan lepaskan peluang yang ada. Hasilkan produk dan submit kat sini. Walaupun harga yag ditetapkan oleh pihak Envato cuma lebih kurang USD5 (ikut kualiti dan kuantiti), tapi kalau ramai beli berbaloi jugak.
Nak tahu lebih lanjut lawati URL yg telah diberikan. TQ




Info yang menarik. Ruang baru untuk diterokai. Mungkin 2010 nanti akan lebih memberikan hasil kepada kita
Kat sini diorang mementingkan kualiti… diaorang akan tapis dulu…bukan senang2 boleh masuk. First submission aku dah kena reject…huhu…dia suruh alter sikit
Hebat nih en. sam…boleh try!
Hebat….nampak mcm seronok.
try jangan tak try…mana-mana barang yang tak pakai kat 99designs tu boleh campak kat Envato