About Us
One Nation Designers ditubuhkan sebagai tempat untuk para designer di Utusan mempamerkan karya-karya mereka yang telah sampai ke tahap global. Selain itu ia juga boleh menjadi tempat untuk kita berkomunikasi secara online samada untuk memberi idea atau komen kepada rakan-rakan yang menyertai 99designs.
Kita juga merancang untuk masa hadapan, menjadikan One Nation Designers ini sebagai tempat untuk meraih peluang dalam mencari rezeki sampingan selain dari menyertai 99designs.
Dengan berkumpulnya para designer yang telah menghasilkan logo (dan yang berkaitan dengan design/print) untuk syarikat-syarikat di luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan lain-lain negara, One Nation Designers ini dilihat mampu menyalurkan kepakaran yang ada untuk membantu syarikat-syarikat di Malaysia terutamanya syarikat bertaraf IKS.



